Mmg seronok tgk anak depan mata membesar dengan aktifnye..Aqil hari ni berumur 5 Bulan 2 minggu 4 hari..Sekarang da expert guling2 & mengensot..kalau nak amik barang,laju je mengensot..da x berapa minat ngan mainan dia yang warna warni..lebih berminat ngan newspaper,kertas2,handphone papa dia,remote..pulak tu,klu amik brg2 kecik,dia akan campak..pastu terpusing2 badan amik balik..klu duk dalam kereta da x tau diam..asyik melentok kan badan je..jenuh jgk..letak dlm car seat,merengek2...ni skit info pasal perkembangan bayi 3-6 bulan...
Umur 3-6 bulan
o Berbalik dari telungkup ke telentang.
o Mengangkat kepala setinggi 90o.
o Mempertahankan posisi kepala tetap tegak dan stabil.
o Menggenggam pensil.
o Meraih benda yang ada dalam jangkauannya.
o Memegang tangannya sendiri.
o Berusaha memperluas pandangan.
o Mengarahkan matanya pada benda-benda kecil.
o Mengeluarkan suara gembira bernada tinggi atau memekik.
o Tersenyum ketika melihat mainan/gambar yang menarik saat bermain sendiri.
Merangsang Perkembangan Bayi 4-6 bulan:
Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat.
Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya.
Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:
. Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.
. Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi sekiranya ditekan.
Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dan sebagainya.
Nnt Aqil da 6 bulan, saya tulis lagi pasal pekembangan bayi seterusnya ye..
Cc 9
10 years ago
0 comments:
Post a Comment